Cahaya Nur Iman (Part 5- Bingkisan Nurani) 6:47 PM

Pagi tadi aku ke kampus. Ketika sedang berjalan ke kuliah, aku bertemu dengan abang Fahri, seniorku dari Indonesia. Pertama kali aku bertemu dengannya ketika di atas kapal terbang. Ketika itu dia pulang dari Indonesia bersama isterinya, kak Aisya. Di situ aku mengetahui yang abang Fahri sebenarnya adalah mahasiswa sarjana di Al-Azhar. Ku lihat abang Fahri dan kak Aisya sangat zuhud dalam keramahan dan kemewahan. Sukar untuk mencari manusia seperi mereka sekarang ini. Aku sangat senang ketika berbicara dengan mereka.

“Assalamualaikum Iman, mau ke mana ya? Laju benar enta berjalan. Kayaknya seperti sedang tergesa-gesa” sapa abang Fahri dari belakang. Walaupun dengan berbahasa Indonesia, aku masih lagi dapat memahaminya. Mungkin kerana aku selalu sangat menonton cerita-cerita Indonesia yang semakin banyak ditayangkan di kaca televisyen. Kadang-kadang aku hairan di manakah aku berada, Malaysia atau Indonesia.

“Waalaikumsalam. Eh, mas Fahri rupanya.” Sahut ku selepas mendengar sapaan itu. Sengaja aku memanggilnya dengan gelaran ‘mas’ agar dia tidak kekok untuk berbicara dengan aku.

“Sebenarnya ana ada kelas jap lagi. Nak kena datang awal takut nanti takde pulak tempat duduk” sambungku.

“Oh kalau begitu, ana permisi dulu ya. Lagipun nanti kelewatan pula enta ke kuliah. Nanti sore kita jumpa saja di masjid ya iman. Assalamualaikum..”
Lantas abang Fahri berlalu pergi dan aku pula meneruskan langkah untuk ke kelas.

USAI kuliah, aku terus ke masjid Al-Azhar, tempat di mana ramai pelajar-pelajar Al-Azhar berkumpul. Walaupun aku bukan dari aliran agama seperti mereka, namun mereka tetap menghormati aku sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar.

Entah kenapa malam ini ku rasakan sangat sunyi. Tiba-tiba aku rindukan keluarga ku di tanah air. Sudah lama aku tidak bertemu dengan mereka. Alia Syifa’? Emm.. apa khabar dia sekarang yer? Warkah darinya tempoh hari pun belum ku balas. Biarlah tiba saat yang sesuai untuk aku membalasnya kerana waktu ini aku masih lagi dibelenggu kerumitan hati.

Ya Allah, bingkiskanlah secangkir ketenangan di nurani hati ku ini..

Bersambung…

1 comments:

Nadirah Ahmad Azam said...

wow, bingkisan nurani ^^

Post a Comment