Cahaya Nur Iman (Part 5- Bingkisan Nurani) 6:47 PM

Pagi tadi aku ke kampus. Ketika sedang berjalan ke kuliah, aku bertemu dengan abang Fahri, seniorku dari Indonesia. Pertama kali aku bertemu dengannya ketika di atas kapal terbang. Ketika itu dia pulang dari Indonesia bersama isterinya, kak Aisya. Di situ aku mengetahui yang abang Fahri sebenarnya adalah mahasiswa sarjana di Al-Azhar. Ku lihat abang Fahri dan kak Aisya sangat zuhud dalam keramahan dan kemewahan. Sukar untuk mencari manusia seperi mereka sekarang ini. Aku sangat senang ketika berbicara dengan mereka.

“Assalamualaikum Iman, mau ke mana ya? Laju benar enta berjalan. Kayaknya seperti sedang tergesa-gesa” sapa abang Fahri dari belakang. Walaupun dengan berbahasa Indonesia, aku masih lagi dapat memahaminya. Mungkin kerana aku selalu sangat menonton cerita-cerita Indonesia yang semakin banyak ditayangkan di kaca televisyen. Kadang-kadang aku hairan di manakah aku berada, Malaysia atau Indonesia.

“Waalaikumsalam. Eh, mas Fahri rupanya.” Sahut ku selepas mendengar sapaan itu. Sengaja aku memanggilnya dengan gelaran ‘mas’ agar dia tidak kekok untuk berbicara dengan aku.

“Sebenarnya ana ada kelas jap lagi. Nak kena datang awal takut nanti takde pulak tempat duduk” sambungku.

“Oh kalau begitu, ana permisi dulu ya. Lagipun nanti kelewatan pula enta ke kuliah. Nanti sore kita jumpa saja di masjid ya iman. Assalamualaikum..”
Lantas abang Fahri berlalu pergi dan aku pula meneruskan langkah untuk ke kelas.

USAI kuliah, aku terus ke masjid Al-Azhar, tempat di mana ramai pelajar-pelajar Al-Azhar berkumpul. Walaupun aku bukan dari aliran agama seperti mereka, namun mereka tetap menghormati aku sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar.

Entah kenapa malam ini ku rasakan sangat sunyi. Tiba-tiba aku rindukan keluarga ku di tanah air. Sudah lama aku tidak bertemu dengan mereka. Alia Syifa’? Emm.. apa khabar dia sekarang yer? Warkah darinya tempoh hari pun belum ku balas. Biarlah tiba saat yang sesuai untuk aku membalasnya kerana waktu ini aku masih lagi dibelenggu kerumitan hati.

Ya Allah, bingkiskanlah secangkir ketenangan di nurani hati ku ini..

Bersambung…

Cahaya Nur Iman (Part 4- Syahadat Cinta) 6:46 PM

Tak mudah mencari cinta
Sempurna temukan mata air
Di saat dahaga ku lakukan apa saja
‘tuk raih yang ku damba

Syahadatmu adalah syahadat cinta
Penuh pengorbanan dan air mata
Semerbak mewangi
Suci dan murni menuju damai cinta

Jika rembulan tiada bersinar
Cukup wajahnya gantikan
Karna hati melebihi cantik parasnya

Kebahagiaan bukan hayalan
Jika hati penuh keyakinan
Kemuliaan yang di nanti
Akan datang menjelang

Aku suka lagu ini sejak pertama kali ku dengar. Keindahan bait-bait lirik lagu ini seolah-olah sedang menasihati aku. Semakin ku hayati lirik ini, semakin hatiku dekat denganNya. Aku merintih dan meminta padanya agar keperluan ku dipenuhiNya kerana Allah tidak akan memberikan apa yang kita inginkan tetapi memberikan apa yg kita perlukan. Aku perlukan mu Ya Allah dalam setiap urusan ku. Aku tidak kuat untuk melakukan tiap pekerjaan sendirian tanpa bantuan mu Ya Allah. Aku belum kuat untuk berdiri kukuh dengan kemampuan sendiri...

bersambung...

Cahaya Nur Iman (Part 3- Warkah dari Alia Syifa') 6:45 PM

Assalamualaikum wbt.

Kehadapan saudara Iman yang diingati selalu. Apa khabar enta sekarang? Apa khabar Iman mu di hati? Apa khabar solat mu hari ini? Di harapkan semuanya berada di dalam lindungan keberkatan Allah s.w.t. Tak lupa ana sertakan bersama selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Semenjak enta berlepas ke bumi para anbiya', tiada lagi khabaran dan cerita hati enta kirimkan selepas warkah enta yang terakhir. Agaknya enta sangat sibuk di sana, ana mengerti. Mungkin enta juga berasa terkejut dan kaget tatkala warkah ini berlabuh di tangan enta. Sebenarnya, anggaplah warkah ini sebagai tanda ingatan dari seorang sahabat yang ingin mengetahui keadaan sahabatnya yang terpisah berjuta-juta batu jauhnya.

Ingat tak lagi surat yang enta kirimkan buat ana tempoh hari sebelum enta berlepas? Enta ada selitkan bersama dengan khabaran hati atau dengan jelas nya, mengenai hati dan perasaan. Baiklah, biar ana jawab satu persatu soalan yang enta berikan. Sebenarnya, bukan ana tidak pernah perasan kewujudan enta di sekolah malah sebenarnya kewujudan enta dirasai oleh semua orang. Ana pernah terdengar adik2 di sekolah selalu berbual tentang enta. Ada di antara mereka yang kagum dengan peribadi enta. Maaf, ana tidak bertujuan ingin memuji atau memuja enta tetapi hanya ingin menyatakan kebenaran. Ana rasa, enta terlalu merendah diri dan merasakan kekurangan diri yang sebenarnya tiada dalam diri enta.

Jujur ana katakan ana juga tertarik dengan peribadi enta. Enta seorang pelajar yang sangat berdedikasi dan berwawasan. Karisma yang enta miliki sangat ana kagumi. Justeru, tidak benarlah jika enta katakan yang enta seorang yg hanya memiliki kekurangan dan kelemahan.

Emm, ana rasakan sudah sampai masanya ana noktahkan warkah buat enta pada kali ini. Ingatlah, Allah maha adil dan penyayang. Dia telah ciptakan enta dengan penuh kesempurnaan. Carilah kelebihan diri yang dapat menutup kelemahan diri kerana bagi ana, enta adalah lelaki pilihan Allah yang sukar dicari pada masa ini.

Sekian, ilaliqa'

Min,

Alia Syifa'.


Ku renung sepi warkah itu. Di fikiran ku kini hanya seperti kotak kosang yang tiada isinya. Aku tidak tahu apa yang harus aku tulis untuk membalas suratnya itu.

bersambung...

Cahaya Nur Iman (Part 2- Luahan Hati) 6:43 PM

Hari ini ku rasa sunyi sekali. Hari demi hari ku hitung namun belum ku temui apa yang aku cari. Aku buntu! Adakah kerana aku ini serba kekurangan? Atau kerana kelemahan diri yang ku miliki? Arghhh.. aku perlukan sokongan dan perhatian bukannya kata hina atau cacian yang meragui keupayaan diri ku.

Semakin aku cuba mengubah diri, semakin banyak dugaan yang terpaksa aku hadapi. Ya Allah, kenapa kau pilih aku untuk pikul semua dugaan ini. Benar kah ku insan yang terpilih? Kalau benarlah dugaan yang kau beri ini tanda aku adalah insan yang terpilih, ku redha ya Allah. Namun, janganlah kau berikan aku dugaan yang tidak mampu ku pikul.

Aku rindukan sinar hidayah mu ya Allah. Kurniakan lah anugerah mu padaku. Jadikanlah aku insan yang terpilih di dunia ini. Ku tak ingin lagi menjadi insan yang dihina dan dikeji tetapi insan yang disanjung dan dihormati. Kurniakanlah kelebihan dan keistimewaan seperti mana yang telah kau berikan kepada orang lain kerana ku tahu kau maha adil dan maha penyayang.

bersambung...

Cahaya Nur Iman (Part 1- Monolog Hati) 6:41 PM

Aku bukanlah seorang insan yang sempurna. Banyak kelemahan dan juga kekurangan. Bila aku lihat orang-orang di sekeliling ku, aku berasa sangat kerdil dan merendah diri. Ku rasakan diri ku tiada keistimewaannya jika dibandingkan dengan mereka yang lain.

Kadang-kala aku selalu rasa tersisih. Kekurangan yang aku ada, dijadikan batu penghalang untuk aku menjadi insan yang lebih sempurna. Bagi ku, kesempurnaan itu penting untuk menjadi manusia yang lebih berjaya. Tapi aku ada satu cita-cita, untuk mengecap kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Aku adalah Iman dan ini adalah kisahku..

bersambung.....

Cerpen: Cinta Ramadhan 8:19 PM

1 Ramadhan

“Assalamualaikum.” Satu ketukan menjengah ke muka pintu sambil memberikan salam.
“Waalaikumsalam, kejap.”jawabku seraya bangun dan membuka daun pintu.
“Erah, awak tak mahu bersahur dengan kami ke? Wani, Asma tengah tunggu kat bawah.” Mira memulakan rentak bicara.
Bersahur, alamak.. Aku penatla.. Nak terima ke, nak tolak..
“Tak pe lah, awak pergi dulu. Saya penat sikit. Semalam kena buat kerja sampai pukul 3.00 pagi. Mungkin saya bersahur dalam bilik je kot. Tak pun awak ajak mereka datang sahur kat bilik saya.”giliran aku pula bersuara.
Mira pula mengangguk tanda setuju lantas mengeluarkan handphonenya dan menekan punat-punat nombor.
Selang beberapa minit, Wani dan Asma akhirnya muncul di pintu bilik ku.
“Masuklah, Amboi..banyaknya makanan. Dapat habis semua ke?”Aku menyambut Wani dan Asma masuk ke dalam bilik.
“Alah, sikit je ni. Bukan nak makan sorang.”jawab Asma pantas.
Aduh, larat ke nak makan. Tapi dah diorang bawak, aku bedal je la…
Mereka menjamah hidangan yang dibawa Asma dan Wani tadi bagi mengalas perut untuk berpuasa pada hari ini.
“Allahhuakbar, Allahuakbar..”azan subuh sudah bergema.
Mereka berempat sudah selesai bersahur. Dan masing-masing pulang ke bilik untuk bersiap bagi menunaikan solat subuh berjemaah di masjid.
“Mintak-mintak la, saya dapat berpuasa penuh tahun ni.” Wani bersuara.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua wanita berhasrat untuk berpuasa penuh setiap kali ramadhan menjelma. Namun, apakan daya…
“Erah, lepas ni awak nak pergi usrah tak?”soal Asma di tengah perjalanan.
“Emm, tak pergi kot, saya nak berehat kat bilik je.”balasku ringkas.
Tatkala itu, mereka berempat melangkah laju ke bilik masing-masing bagi melakukan aktiviti sendiri.
Setelah membuang telekong, aku berehat sebentar diatas katil. Hari ni hari pertama Aku berpuasa jauh dari keluarga. Aku terpaksa bersahur dan berbuka hanya ditemani rakan-rakan kat sini. Arghh… bosannya.
“Kak Erah, ada orang nak jumpa.”panggilan dari Maria yang entah dari mana, muncul dihadapan biliku.
“Thank’s Maria. Kejap lagi akak turun.”jawabku. Terdetik di hati, siapa yang nak jumpa aku awal-awal ni. Hari cuti pulak tu.
Dengan segera aku melangkah laju agar yang menanti tidak tertunggu-tunggu.
“la. Mak long, mak long buat apa kat sini.”soalku lantas bersalaman dan memeluk mak long.
Aku sedikit hairan kerana tiada rebut, tiada taufan, tiba-tiba mak longnya datang.
“Erah, mak long kau ni hah. Datang ni sebab dia rindukan kamu. Maklumlah, kamu ni anak saudara kesayangan dia.”sampuk pak long.
Memang mak long begitu rapat dengan aku sehingga membuatku seolah-olah anak kandungnya. Datin Zaidah tidak mempunyai anak perempuan, disebabkan itu, aku amat disayanginya.
“Ala, mak long. Abang Amir kan ada. Tak payah la mak long rindu-rindukan Erah. Tapi kan mak long. Erah pun rindu kat mak long dan pak long jugak.””pantas aku menjawab. Selepas umi dan abah, mak long dan pak longlah tempat aku mengadu.
“Abang Amir kamu tu, dah tak ingat nak balik Malaysia agaknya. Puas mak long dan pak long pujuk, tapi dia tu tak makan dek saman. Nak kerja jugak kat Korea tu. Jangan sampai nak kahwin dengan orang sana sudah. Dah la abang Amir kamu tu satu-satunya anak mak long, mak long nak jugak terima menantu orang melayu. Hemmm…Amir..amir..”mak long berdegus kecil. Mak long memang begitu, kalau teringatkan abang Amir, panjang lebarlah cerita mak long.
“Erah, carila sorang dua kawan-kawan Erah, lepas tu kenalkanlah dengan mak long. Tolong ye.”sambung mak long.
Alamak, kawan-kawan aku? Siapa?..Mira, Wani..Asma..ok jugak.
“Alah, abang Amir tu nak ke. Kawan-kawan Erah semua alim-alim, warak-warak. Tapi betul juga kata-kata mak long tadi, macam lagu siapa entah… tak ingat pulak penyanyi dia. Siapa bilang gadis melayu tak menawan..”selorohku diakhiri deraian gelak tawa yang disambut oleh Datin Zaidah dan Datuk Razali.
“Pandailah kamu ni..Emm, rasanya dah lewat ni. Pak long dengan mak long nak ke rumah mak kamu” pak long pantas memintas perbualanku dengan mak long.
“Nanti sampai rumah kirim salam kat umi dengan abah ye.”aku memegang erat tangan Datin Zaidah bersalaman dengannya.
“Mak long, nanti datang lagi erk..”sambungku sambil menjerit ke arah mak long yang telah berarak keluar dari universiti sambil melambaikan tangan.
“Alamak, aku lupa yang hari ni aku dah janji nak buka puasa dengan Mira, tapi kerja bertimbun-timbun lagi. Sekarang dah pukul 10.00 pagi. Sempat ke nak siap.”gumamku di dalam hati.
Aku melangkahkan kaki ke bilik untuk menyiapkan kerja dengan harapan agar kerjaku itu siap sebelum petang menjelang.
“Alhamdulillah, akhirnya siap jugak kerja aku ni.”
Aku menyanyi kecil sambil meratap jam di tangan.
“Emm, dah pukul 5.30, baik aku mandi cepat.”
“Hah, sampai pun awak. Cepatla pesan makanan, dah nak masuk waktu berbuka ni.”ujar Mira.
“ye la, tunggu kejap ye.”balasku spontan.
Argh.. bukan nak tolong pesan kat kita. Emm, mungkin dia tak tahu makanan kesukaan aku kot. Ish.. tak baik mengumpat kawan sendiri. Astaghfirullahhalazim..

Aku menatang dulang makanan dan menghampiri Mira yang berada di sebuah sudut di kafeteria kolej.
Suara azan sedang berkumandang dari masjid berhampiran kolej kediaman. Selepas membaca doa, lantas mereka mengambil sebiji buah tamar untuk dimakan. Sunnah Rasulallah s.a.w berbuka dengan buah tamar.
“Alhamdulillah, dah seharian kita berpuasa akhirnya dapat juga kita berbuka. Ni first time ke awak berpuasa di kampus.”soalku pada Mira selepas melepaskan nafsu makannya.
“emm…di kampus? Rasanya ni first time, tapi kalau berbuka tidak bersama family rasanya dah banyak kali.”jawab Mira sambil memandang bungkusan kuih yang belum disentuhnya.
“Saya baru first time. Maklumlah, saya ni anak manja sikit. Tak pernah berenggang dengan family.”aku tersenyum sendiri.
Selepas pulang dari menunaikan solat tarawah di masjid. Aku terpandang akan seseorang yang pernah ku kenali dulu. Aku meratap wajahnya lama. Akhirnya aku teringit pada seseorang iaitu kak Mila. Ya, kak Mila..
“Assalamualaikum, kak Mila kan?”teguran dariku sedikit memeranjatkan Kak Mila.
“Waalaikumsalam, Ya, saya Mila. Eh.. ni Erah kan?”balas Kak Mila dengan nada terkejut berbaur gembira.
“Ya, saya Erah. Lama tak jumpa akak. Akak dah tahun dua kan? Akak ambik course apa?” tanpa membuang masa, Erah memeluk kakak angkatnya ketika di sekolah menengah dahulu.
“Ah’ah.. Akak dah tahun dua. Akak kat sini belajar Usuluddin. Erah pula ambik course apa? Tinggal kolej mana?”ujar Kak Mila kemudian menyoal aku kembali.
“Usuluddin?? Satu Fakulti la kita ye. Saya kat sini ambik Bahasa Arab dan stay kat kolej Z. Ala, dekat je” terpancul jawapan dari mulutku.
Kemudian, kami berdua ketawa kecil sebagai pengubat rindu.

**************************************************************************************
2 Ramadhan

Nada dering lagu Kalimah Cinta dari telefon bimbitku, memecah keheningan pagi itu.
“Assalamualaikum”jawab Erah perlahan. Mengantuk.
“Waalaikumsalam. Erah ke ni? Ni Kak Mila la. Kata nak sahur sama-sama”balas Kak Mila.
Panggilan itu tadi telah mengelam-kabutkanku yang tidak sedar bahawa waktu sekarang sudah masuk pukul 5.00 pagi.
Alamak, aku dah lambat. Mati aku….

“ok..ok.. akak tunggu kat bawah kejap. Satu minit lagi saya turun.”aku meminta waktu dari Mila untuk turun ke bawah untuk bersahur bersama.
Tidak sampai lima minit. Erah siap tiba di hadapan pintu bilik Mila.
“Assalamualaikum,” aku memberikan salam dan satu ketukan dipalu di pintu bilik.
“Waalaikumsalam. Hah..Erah, masuklah. Lama Kak Mila tunggu.” Mila menjemput Erah masuk ke dalam biliknya selepas melihat Erah tercegat di pintu bilik.
“Amboi, bersihnya bilik Kak Mila.” Aku melemparkan pujian tatkala melihat segelinap bilik Kak Mila.
“Hah, tak da apa pun yang hebat. Biasa je. Yang kamu tercegat lagi tu buat apa. Mari makan. Karang terlepas pula waktu sahur.” Kak Mila mempelawa aku makan.
Di samping makan, kami berdua bergelak ketawa menceritakan kenangan lalu. Emm.. Indahnya.
Tuk..Tuk... Kedengaran bunyi ketukan pintu bilik Erah. Seraya itu, wajah Wani, Asma dan Mira muncul di pintu bilik.
“Masuklah,” aku mempelawa mereka masuk.
“Erah, tak nak pergi kelas ke? Dah pukul 7.45 ni. Fakulti punya la jauh.” Wani mengingatku tentang rutin harian selama aku bergelar mahasiswa iaitu pergi ke kelas.
“Eh, saya dah siap la. Tunggu kamu bertiga je.” Jawabku.
Earah memang sudah siap untuk ke kelas. Selepas bersahur dengan Mila, Erah tidak tidur sedikit pun. Dia hanya menghabiskan masa yang ada untuk mentelaah.
“Kalau macam tu jomla.” Sampuk Mira.
Kami berempat bergegas ke kelas secepat mungkin agar tidak ketinggalan kelas.

Selepas selepas selesai kelas hari ini, aku pulang serta-merta tanpa menunggu teman-teman yang lain. Tanpa diduga ketika sedang menuruni tangga bangunan fakulti, aku terlanggar seseorang yang pada masa yang sama sedang menaiki tangga itu.
“Maafkan saya. Saya tak sengaja. Saya nak cepat ni” terang ku perlahan.
Pada masa itu hanya Allah yang tahu betapa takut dan serba salahnya perasaanku ketika itu.. Takut-takut lelaki itu memarahiku semula.
“Tak apa. Sikit je.” Balas lelaki itu.
Namun, dari riak wajahnya, aku dapat mentafsirkan bahawa dia sedang menahan kesakitan kerana teruk juga dia jatuh tadi.
“Maaf ye. Saya kena pergi sekarang.” Balasku serba salah. Aku meneruskan perjalanan ke bilik dengan otak ku asyik memikirkan peristiwa tadi.
Selepas solat terawih, Aku terpandang seseorang yang wajahnya seakan-akan lelaki yang telah aku langgar tadi. Lantaran itu, aku mengajak Mira untuk menemaniku bertemu lelaki yang aku langgar siang tadi untuk memohon maaf sekali lagi. Sengaja aku ajak Mira kerana untuk mengelakkan fitnah yang tak diundang.

“Erah, yang tu ke? Eh.. Tu Hakimi la, cousin saya.” Beritahu Mira.
Cousin?? Ya Allah kecilnya dunia ni. Tak sangka lelaki tadi sepupu Mira.
Ketika aku masih berbicara sendirian, Hakimi yang sedar akan kedatangan kami terus datang ke arah ku dan Mira.

“Eh, Mira. Dan kamu ni yang langgar saya tadi kan.” Ujar Hakimi.
Pedih hati aku bila dia mengungkit kisah tadi. Dengan cepat aku menyampaikan isi hati aku yang ingin aku luahkan tadi.
“Saya nak minta maaf sekali lagi. Dah la saya langgar awak tadi lepas tu tinggal awak terus je kat situ. Sebenarnya saya ada urusan sikit.” Jelasku.
“Tak mengapa.”balasnya.

**************************************************************************************
3 Ramadhan

Pagi tadi aku bersahur sendirian. Memandangkan seminggu ini pensyarah yang mengajar aku tiada di kampus kerana berkursus di Indonesia, ramai rakan-rakan sekuliah mengambil peluang bercuti dan berpuasa di rumah, termasukkan Mira, Wani dan Asma. Cuma rakan-rakan yang berlainan kuliah dengan aku masih ada di sini. Aku pula akan balik pagi ini.
Aku sudah lama rindukan masakan Umi. Sedapnya hingga menjilat jari. Azrul dan Azwan sekarang tengah exam. Kalau aku ada, mungkin aku boleh jadi rujukan mereka.
Fajar petang sudah menyinsing dan sekarang aku sudah berada di atas bas. Dan mungkin lima, enam jam lagi, aku akan sampai ke destinasi yang ditujun. Di atas bas, aku mengambil peluang untuk tidur seketika.
Ketika sampai di hentian, Umi dan Abah sudah melambaikan tangan padaku. Akhirnya, rindu yang membara di hati terubat juga.
Aik, kereta sapa pulak tu. Besarnya….
“Assalamualaikum umi, abah.”aku bersalaman dengan umi dan abah. Lama rasanya tak balik kampung. Wajah umi kulihat makin berseri-seri. Apa rahsianya ye..
“Waalaikumsalam, sampai pun anak umi. Jom la balik. Mana beg-beg kamu. Tak kan banyak ni je.” Umi menyambut salam dariku. Pertanyaan dari umi hanya ku balas dengan senyuman. Abah yang dari tadi hanya tersenyum dan memandangku, mencapai beg dari tanganku dan dibawanya ke kereta.
Ketika berjalan ke kereta, aku sempat berbisik kepada umi. “Umi, besarnya. Kereta siapa tu. Abah beli baru ke? “ bisik ku sambil memandang kereta Avanza yang kini berada di depan tu.
“A’aa.. Kereta abah kamu. Baru sampai minggu lepas.” Terang umi. Memang dah lama abah pakai kereta lama. Ini la masa tukar kereta baru. Emm.. bila la nak test kereta baru. Tunggulah nanti aku dapat lesen kereta.
Desus hatiku sendirian.
“Erah balik ni berapa lama? Seminggu?.” Soal abah ketika di dalam kereta. Aku cuma mengangguk. Ingatan ku kini melayang mengingatkan peristiwa semalam.
Ketika di rumah, aku disambut oleh adik-adikku dan mak su. Seronok rasanya hati ini. Tiba-tiba aku menerima satu panggilan. Aku melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku untuk mengetahui seapakah gerangannya yang mengganggu aku ketika bersembang dengan mak su. Namun, hanya yang tertera adalah nombor yang tidak aku kenali.
“Assalamualaikum, siapa ni.” Tanya ku setelah aku menjawab panggilan itu.
“ Waalaikumsalam. Saya Hakimi dan awak Erah kan?”.
Hakimi??.. eh.. macammana dia tahu nombor aku pula..?
Soalku sendirian…



selepas beberapa hari berlalu…

**************************************************************************************
30 Ramadhan

Hari ini bakal lengkaplah tiga puluh hari umat islam berpuasa. Aku gembira kerana dikurniakan Allah kesihatan dan diizin-Nya untuk memenuhkan puasa ku. Pagi tadi aku teringat akan satu kata-kata yang begitu aku suka.
“ Biarkan cinta hadir jika di restuai Illahi. Kembaralah mencari erti hidup yang sebenar. Isilah hidupmu dengan tautan iman.”
“Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi,
Biarkan kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai,
Biarkan kegelisahan lenyap jangan kita hilang semangat,
Biar penderitaan itu menyapai agar kekuatan kita jana semula,
Biarkan diri ini derita agar aku tahu kepahitanderita in,
Agar aku sedar kesengsaraan ini tak sama bahkan hanya secebis daripada penderitaan Rasullullah S.A.W,
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri,
Cahaya kelam pahala dosa,
Berupaya memilihnya walaupun kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu,
Namun peluang dari-Nya sentiasa ada,
Namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi,
Di turunkan ad-din memperhalusi akal,
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak,
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti,
Menjadi sebaik-baik umat
Tunduk sebagai hamba,
Berjalan sebagai khalifah
Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata iman,
Menyemai pohonan taqwa,
Agar dapat berteduh dari kepanasan nafsu,
Agar dapat berlindung dari angin hasutan syaitan
Dalam mencari KEREDHAAN Allah s.w.t.”

Kata-kata ini ku petik dari sebuah bacaan ku. Ayatnya puitis dan menyentuh kalbuku. Hakimi yang berikan pada aku minggu lepas masa majlis berbuka puasa. Walaupun kami baru bertemu dan berkenalan, Hakimi ikhlas untuk berkawan denganku. Dia banyak mengajarku erti sebenar kehidupan dan cinta yang hakiki walau dalam masa yang agak singkat. Hatinya bagai memberitahu segala. Dan, Hakimi telah menyampaikan hasratnya untuk menjadikan aku zaujahnya buat selama-lamanya. Namun, Aku tidak mampu memberikan kata putus. Andai dia milikku, biarlah masa yang menentukan segala-galanya.
Aku tak sekuat Zulaikha dan Zainab serta Fatimah Az-Zahrah. Aku hamba-Nya yang lemah dalam mengharungi hidup ini. Aku manusia biasa yang belum banyak yang ku kenali dalam kehidupan ini. Dia terlalu baik untukku. Seperti yang dijanjikan Allah dalam surah an-Nur “Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”. Adakah aku wanita yang toyyibaat??
Kau anugerahkan ku cinta. Memang cinta itu suci dan bersih. Aku akui, namun kadang kala aku takut kerana mengenali cinta. Aku takut menyakiti dan disakiti.
Aku hanya mengenali Hakimi dalam masa yang singkat. Sukar untuk aku membuat keputusan.
“Oh tuhan, andainya telah kau catatkan, dia milik ku satukan hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan agar mengisi ruang hati ini. Dan jika dia bukan diciptaku untukku, kau jauhkanlah dia dengan aku. Agar ku dapat menjalani hidup dengan bahagia” doaku memecah hening malam.
Ya Allah, terlalu jauh fikiranku malam ini…..

**************************************************************************************
1 Syawal

Allahuakbar allahuakbar Allahuakbar..

Takbir Aidilfitri bergema. Sayu hatiku mendengarnya.
Dalam masa tiga puluh hari umat Islam berpuasa aku menjadi lebih matang. Dikala ini aku teringatkan nenek kesayanganku yang telah pergi menghadap Maha Pencipta. “Nenek, walau nenek pergi dulu. Kasih nenek pada Erah amat Erah hargai…”
Pagi ini aku dikejutkan dengan rombongan pinangan yang ingin melamarku.
“Erah, ada orang datang meminang kamu. Mereka semua ada kat bawah.” Kata-kata dari Mak Su amat mengejutkan aku.
Aku cuba bertanyakan dari Mak Su siapakah gerangannya. Namun, jawapan yang diberikan menghampakan aku. Mak Su sekadar mengelangkan kepala tanda tidak tahu.
Di sebalik hati yang berdebar, aku terpandang seorang lelaki melalui jendela kamarku.
Ya Allah, itu Hakimi. Disaat ini, hatiku berbunga gembira dan bersyukur kehadrat Illahi kerana Hakimi benar-benar menunjukkan cintanya. Tak perlu lagi aku ragui keikhlasannya. Memang aku mencintainya.
“Erah, mari turun. Mereka semua nak tengok kamu.” Umi memanggilku turun untuk menghadap bakal ibu mertuaku. Ketika kaki melangkah turun, debar di hati kian menggocak.
Tatkala aku turun, semua mata sedang galak memerhatikan aku. Serba tak kena dibuatnya. Abang Amir pulak tak habis-habis hendak menyakat aku. Tengok nanti, aku balas dendam baru tahu.
“Erah, pergi la salam dengan future mom-in-law kamu tu.”usik abang Amir perlahan. Sempat lagi dia nak mengusik aku.
Ketika aku bersalaman dengan ibu dan kakak Hakimi, aku rasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Terlalu kekok rasanya. Kakak Hakimi pula tak habis-habis memuji aku. Merah muka aku menahan malu. Bukan sahaja malu, tapi seronok pun ada juga. Ada juga insan yang menghargai kecantikan ciptaan Allah ini..

“Kalau macam tu, kita mulakan dulu la agenda kita ye.” Ibu Hakimi memulakan acara “meminang” ku.
“Rasanya tak payahla berpantun-pantun. Mana cincinnya.” Abah memintas kata-kata ibu Hakimi.
“Kalau begitu ini cincinnya. Tak la secantik bunga di taman.” Balas ibu Hakimi lantas mengeluarkan cincin di dalam beg tangannya dan diserahkan pada umi.
“Alah, cincin tunang sahaja. Sebagai tanda sudah berpunya, tak payahla cantik-cantik. Setakat ambil syarat saja.” Celah Pak Long.
Kemudian, ibu Hakimi menyarungkan cincin itu di jari manisku. Bermula dari itu, aku sudah bergelar tunangan orang dan itulah kenangan paling manis dalam hidupku.

**************************************************************************************
Lima tahun kemudian

1 Syawal

Kenangan 5 tahun yang lalu manis berada dalam ingatan ku. Kini aku sudah bergelar isteri orang yang sah.
“Umi, Abah dah tunggu kat bawah.” Irfan, anak ku yang berusia hampir 4 tahun menghampiriku.
Selesai ku bersalaman dengan suami ku, kami terus ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Selepas solat, aku dan keluarga bersiap untuk pulang ke kampung untuk bertemu umi dan ayah.
3 jam perjalanan amat mendebarkanku. Aku semakin tidak sabar untuk bertemu dengan keluargaku.
Kepulangan kami disambut dengan senyuman dan gelak tawa oleh sanak saudara. Aku bersalaman dan memohon maaf pada umi dan abah serta suamiku tercinta, Hakimi.
Hakimi, terima kasih kerana kau telah membahagiakan hidupku. Kehadiran Irfan dalam hidupku menjadi lambang cinta kami. Dan hari ini juga, aku mendapat berita gembira. Aku disahkan mengandung tiga bulan.
Ya Allah, sesungguhnya kau anugerahkan ku sejuta keindahan dan kegembiraan. Tak terbalas segalanya. Biarlah cinta yang kau anugerahkan ini akan bertahan untuk selama-lamanya.
Ya Allah, benarlah kalammu, bulan Ramadhan penuh dengan keistimewaan dan keberkatan .
Di bulan itu juga kau berikan aku sinar kebahagiaan.

“Semoga keberkatan Ramadhan terus menyinari hidup kita semua….”

Sekian…..



Hasil karya dan inspirasi…
Ibnu Rani

~Pengenalan~ 9:28 PM