Cahaya Nur Iman (Part 3- Warkah dari Alia Syifa') 6:45 PM

Assalamualaikum wbt.

Kehadapan saudara Iman yang diingati selalu. Apa khabar enta sekarang? Apa khabar Iman mu di hati? Apa khabar solat mu hari ini? Di harapkan semuanya berada di dalam lindungan keberkatan Allah s.w.t. Tak lupa ana sertakan bersama selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Semenjak enta berlepas ke bumi para anbiya', tiada lagi khabaran dan cerita hati enta kirimkan selepas warkah enta yang terakhir. Agaknya enta sangat sibuk di sana, ana mengerti. Mungkin enta juga berasa terkejut dan kaget tatkala warkah ini berlabuh di tangan enta. Sebenarnya, anggaplah warkah ini sebagai tanda ingatan dari seorang sahabat yang ingin mengetahui keadaan sahabatnya yang terpisah berjuta-juta batu jauhnya.

Ingat tak lagi surat yang enta kirimkan buat ana tempoh hari sebelum enta berlepas? Enta ada selitkan bersama dengan khabaran hati atau dengan jelas nya, mengenai hati dan perasaan. Baiklah, biar ana jawab satu persatu soalan yang enta berikan. Sebenarnya, bukan ana tidak pernah perasan kewujudan enta di sekolah malah sebenarnya kewujudan enta dirasai oleh semua orang. Ana pernah terdengar adik2 di sekolah selalu berbual tentang enta. Ada di antara mereka yang kagum dengan peribadi enta. Maaf, ana tidak bertujuan ingin memuji atau memuja enta tetapi hanya ingin menyatakan kebenaran. Ana rasa, enta terlalu merendah diri dan merasakan kekurangan diri yang sebenarnya tiada dalam diri enta.

Jujur ana katakan ana juga tertarik dengan peribadi enta. Enta seorang pelajar yang sangat berdedikasi dan berwawasan. Karisma yang enta miliki sangat ana kagumi. Justeru, tidak benarlah jika enta katakan yang enta seorang yg hanya memiliki kekurangan dan kelemahan.

Emm, ana rasakan sudah sampai masanya ana noktahkan warkah buat enta pada kali ini. Ingatlah, Allah maha adil dan penyayang. Dia telah ciptakan enta dengan penuh kesempurnaan. Carilah kelebihan diri yang dapat menutup kelemahan diri kerana bagi ana, enta adalah lelaki pilihan Allah yang sukar dicari pada masa ini.

Sekian, ilaliqa'

Min,

Alia Syifa'.


Ku renung sepi warkah itu. Di fikiran ku kini hanya seperti kotak kosang yang tiada isinya. Aku tidak tahu apa yang harus aku tulis untuk membalas suratnya itu.

bersambung...

0 comments:

Post a Comment